Delivery in Malaysia get FREE shipping for order above RM66.00 | Worldwide shipping | Singapore | Brunei | Indonesia * First in Malaysia, Web content available in English and Bahasa.
Stockist Application

Kepada pelanggan yang dihormati,

Buat sementara waktu pengambilan stokis MyPapillon di tutup untuk tempoh sepanjang May 2019 hingga Disember 2019. Pengaktifan pengambilan stokis akan bermula semula pada Januari 2020.

Pelawaan Menjadi Rakan Niaga (Stockist) MyPapillon Hijab

 

kami di MyPapillon Hijab (www.mypapillon.my) ingin membuka tawaran khas buat anda yang ingin menjana pendapatan sampingan dan ingin bersama dalam pasukan MyPapillon Hijab.

Bagi menjamin kualiti dan ekslusiviti jenama MyPapillon, pihak syarikat menetapkan Kuota pendaftaran terkumpul stockist dihadkan kepada 500 stockist dalam satu-satu masa.

 

Terma dan syarat menjadi Stockist MyPapillon :

 

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia, Brunei dan Singapura yang berumur 18 tahun ke atas.

 

Atau

 

  1. Terbuka kepada syarikat / perniagaan yang berdaftar di Malaysia, Brunei dan Singapura.

 

Dan

 

  1. Calon perlu memohon dengan mengisi dan mengembalikan borang pendaftaran stockist untuk kelulusan. Klik pada pautan link untuk pendaftaran stockist KLIK DISINI UNTUK PENDAFTARAN STOKIS

 

  1. Modal stockist untuk permulaan tawaran ini adalah ditetapkan sebanyak RM500.

 

  1. Tiada sebarang yuran pendaftaran stockist yang akan dikenakan bagi tawaran khas ini.

 

  1. Calon yang berjaya mendapat tawaran sebagai stockist MyPapillon, perlu membuat bayaran sebanyak RM500* dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan inbois. Kegagalan membuat bayaran dalam masa yang ditetapkan boleh menyebabkan pendaftaran sebagai stockist di batalkan.

 

  1. Bayaran untuk menjadi stockist berkemungkinan boleh berubah dari masa ke semasa dan bergantung kepada promosi dan tawaran yang ditetapkan oleh pihak syarikat*.

 

  1. A disclosure statement akan diberikan kepada calon stockist yang Berjaya dengan memperincikan secara mendalam syarat-syarat tambahan seperti peratusan belian stockist, conditions of contract, risks and rules of agreement. Untuk makluman, buat masa ini pihak syarikat menetapkan kadar peratusan potongan antara 20 sehingga 40% kepada semua stockist berdasarkan kepada prestasi dan KPI jualan.

 

  1. Setelah pihak syarikat menerima bayaran RM500, pihak kami akan mengeluarkan satu Sijil Pengesahan Stokis Berdaftar dan menyerahkan senarai harga tawaran belian stockist beserta Borang Pesanan Belian dalam masa 7 hari bekerja melalui email yang didaftaran di dalam borang permohonan.

 

  1. Stockist yang berdaftar perlu mengisi dengan lengkap dan mengembalikan Borang Pesanan Belian melalui email dalam masa 30 hari bekerja daripada tarikh pembayaran dibuat.

 

  1. Sekiranya ada berlaku ketiadaan / kekurangan stok pada pesanan yang buat, pihak syarikat akan segera / dalam kadar masa munasabah untuk memaklumkan kepada stockist berdaftar untuk menukar / mengemaskni pesanan belian berdasarkan ketersediaan stok sedia ada. Sekiranya stockist berdaftar tetap bekehendakan produk / item yang tiada dalam senarai pesanan / stock, pihak stockist berdaftar bersetuju dan membenarkan pihak syarikat untuk menyediakan stock yang dipesan tersebut dapat dihantar dalam tempoh 30 hari bekerja. Bagi maksud tersebut, penyediaan stok adalah antara 1 hari hingga maksimum 30 hari.

 

  1. Stockist berdaftar bersetuju untuk mengekalkan prestasi jualan dengan membuat pesanan belian sekurangya 3 bulan sekali dengan pembelian minimum ditetapkan sebanyak RM500.

 

  1. stockist yang tidak membuat pesanan selepas tempoh 3 bulan daripada tarikh belian / pesanan terakhir, akan dilucutkan status stockist berdaftar dan akan digantikan kuota stockist kepada bakal / calon stockist baharu.

 

  1. Sekiranya status stockist berdaftar dilucutkan, penjualan produk adalah terikat dan perlu mematuhi pada perkara / item / perenggan 18, 19 dan atau 20

 

  1. Stockist yang berdaftar / Berjaya didaftarkan adalah telah bersetuju menandatangi satu surat Deklarasi Surat Simpan Rahsia bagi menjamin kelangsungan hubungan antara syarikat dan stockist berdaftar. Kegagalan menandatangani Surat deklarasi tersebut boleh menyebabkan pendaftaran sebagai stockist dibatalkan dan bayaran pendaftaran akan dipulangkan dalam masa 7 hari bekerja.

 

  1. Pihak syarikat akan memapar / mempamer senarai stockist berdaftar pada mana-mana laman web rasmi syarikat bagi tujuan rujukan dan promosi pemasaran.

 

  1. Stockist berdaftar adalah bersetuju bagi mewakil / memihakkan bagi pihak MyPapillon (Papillon Exclusive Ventures) dalam sebarang bentuk hebahan dan promosi pemasaran yang berkait produk-produk keluaran MyPapillon Hijab melalui pelbagai medium pemasaran online dan atau offline yang tersedia.

 

  1. Stockist berdaftar adalah bersetuju menjual produk berpandukan pada harga / tawaran / promosi pada E-Mall www.mypapillon.my yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

 

  1. Stockist berdaftar adalah tidak dibenarkan untuk menjual / mempromosi tawaran harga yang lebih rendah daripada harga yang di publish pada E-Mall www.mypapillon.my

 

Dan / Atau

 

  1. Stockist berdaftar adalah tidak dibenarkan untuk menjual / mempromosi tawaran harga yang lebih tinggi daripada harga yang di publish pada E-Mall www.mypapillon.my

 

  1. Stockist berdaftar yang melanggar peraturan pada item / perenggan 19 dan atau 20 boleh dikenakan tindakan Domestic Inquiry / surat tunjuk sebab.

 

  1. Kesmua harga yang dijual oleh stockist berdaftar adalah tidak termasuk harga caj pengeposan. Pihak syarikat tidak mengawal dan tidak menetapkan caj pengeposan yang dibuat oleh stockist berdaftar. Walaubagaimanapun, harga / caj pengeposan adalah / perlu munasabah dengan caj yang dikenakan oleh penyedia / operator daripada syarikat penghantaran tersebut.

 

  1. Pihak syarikat tidak akan mengenakan polisi pelucutan stockist atas perkara yang tidak mendatangkan keuntungan / kebaikan antara syarikat dan stockist.

 

  1. Bagi menjamin kualiti dan keberlangsungan jenama MyPapillon, setiap bekas stockist yang pernah berdaftar di Papillon Exclusive Ventures, adalah bersetuju untuk tidak menjual / mempamer / mempromosi sebarang produk yang berkait dengan MyPapillon bagi tujuan meraih pendapatan / keuntungan.

 

  1. Semua data-data adalah tertakluk kepada Personal Data Protection Act 2010 (PDPA 2010)

 

Sekiranya anda berminat menjadi agen kami, boleh terus pm admin, Whatsapp Puan Haslinda 016-6974008

Terima kasih. 

Pengurusan

MYPAPILLON SDN BHD

 

KLIK DISINI UNTUK PENDAFTARAN STOKIS